TRAGEDI AIDIL ADHA
Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin, si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidor mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi dia mengegarkan bilik tidor dan baunya yarabbi tak leh nak cerita nanti penulis muntah pulak.

Si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tu dan banyak kali termuntah sebab tak tahan, tapi silaki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semula jadi yang baik untuk kesihatan. satu hari si bini yg dah lama tak tahan perangai si laki berkata, " Satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar, semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka", si laki cuma sengih jer.

Hari raya korban pun tiba, keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam banyak banyak bungkusan tu ada perut lembu, hati, paru-paru.. maka timbul lah idea si bini nak pekena laki dia.

Masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokkan perut lembu yang berjela jela betul betul kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya.

Dipendekkan cerita, maka laki dia pun bangun dan macam rutine biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dasyat bunyi nya dan maha belantung baunya, si bini tunggu dengan penuh kusyuk, dari dlm bilik tido terdengor suara laki dia menjerit sakan, histeria gitu, si bini tertongeng tongeng dan guling guling ketawa.

20 minit pastu si laki pun kedapor untuk sarapan, si bini pun buat buat donno dan kontrol macho.

"masin betul lah mulut awak, habis tali perut saya terkeluor macam yang awak cakap aritu. kata laki dia bersunguh sunguh.

"habis tu abang buat macam mana" tanya sibini sambil kontrol suara dan perut yg nak pecah sebab nak ketawa.

" nasib baik abang tak panik, abang terus ke bilik air, dan sekarang semua dah settle".

"hah dah settle! abang buat macam mana" tanya sibini, agak suspen.

"dengan menggunakan jari sahaja abng berjaya memasukkan balik semua isi perut abang tadi... tak payah susah susah pegi hospital untuk operasion"

Si bini diam kaku.