TRAGEDI PEMIKIRAN ORANG MELAYU
Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

Ya Tuan Professor, saya adalah salah seorang yang tidak komited terhadap kemelayuan dan membangunkan orang Melayu.

Bukankah tuan professor berkata, "Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam."? Orang melayu tidak cukup sifat curiosity, atau inquiry, seperti kata tuan.

Jadi di sini ingin saya mengimplement seruan tuan, curiosity dan inquiry.

Kenapakah perlu saya komited terhadap bangsa saya Melayu, dan kenapa saya perlu membangunkan orang Melayu? Tuan tidak pernah menyatakan sebab-sebab di atas kepentingan yang tuan nyatakan ini.

Hakikatnya saya sudah diberi tanggungjawab dan amanah untuk memperjuangkan hak-hak dan pembangunan orang Islam. TANPA MENGIRA KAUM. Kerana semua orang Islam itu bersaudara. Tidak kira Cina, India, Nigeria, Arab dan segala diversity dalam kaum yang menganut Agama Islam ini.

Jika saya memperjuangkan bangsa Melayu saya, bagaimanakah perasaan saudara saya berbangsa Cina yang dibawanya bersama anak-anak Islamnya yang ramai ke masjid? Tidak adil dan merenggangkan persaudaraan saya dengannya, kerana apa? Kerana dia berbangsa Cina, walaupun kami sama-sama mempunyai devotion untuk Allah s.w.t, Pemilik Alam Semesta.
Creator Tuan dan saya.

On the contrary, kenapakah perlu saya memperjuangkan semua kaum saya yang antaranya mempunyai morality yang rendah? Yang mempunyai ignorance yang tinggi? Yang mengajak dan meracun pemikiran bangsanya yang lain? Yang menolak dan meng"ridicule" Islam dengan akal fikiran yang cetek? It does not make sense. Why do I have to believe in their well-being? And this "Why" is my inquiry to you.

Perjuangan kemelayuan ini, hanya membawa kepada racism, dan tidak ada keuntungan dalam pengamalan dan idelogi racism. Berlumba-lumba untuk menjadikan bangsa sendiri lebih superior dari bangsa-bangsa yang lain. Apakah benefit yang kita dapat daripada amalan ini? Tiada, hanya hatred. Benci dan hasad dengki kepada kaum yang lain. Samada berjaya mengatasi kaum lain, atau tidak berjaya, benci dan hasad dengki akan timbul dalam kedua-dua kes.

Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama.

Jadi, apakah salahnya belajar mengenai panduan hidup? Adakah Tuan cukup pandai untuk menyatakan kepada kami cara hidup yang sebenar? Kalau apa yang diajar oleh Islam itu suatu adat, maka tidak salah untuk kita secular, seperti penganut agama-agama lain yang mengasingkan agama mereka dengan kehidupan seharian. Kerana agama mereka sebenarnya adalah suatu custom sahaja, bukan berasaskan kebenaran dan falsafah yang solid.

Dan teramat ceteklah fikiran kita jika kita dapat nampak sains(pengetahuan) di dalam ajaran Islam.

Jika tuan mempunyai prejudis terhadap perkataan agama, atau Islam, maka percayalah Islam ini bukan suatu agama, tetapi sesuatu cara hidup di dunia, yang mengajar mencapai kecemerlangan kehidupan di dunia ini yang seterusnya membawa kecemerlangan kepada kehidupan di akhirat. Suatu falsafah yang lengkap. Suatu penyerahan kepada Tuhan yang Maha Esa, Allah s.w.t.

Dan saksikanlah superiority dalam ajaran Islam berbanding perjuangan Tuan terhadap bangsa. Islam's care and welfare reaches beyond nations, while your call for Kemelayuan is only for the Malay race. Bagaimanakah Tuan boleh menjustify virtue perjuangan Tuan dalam perbandingan ini? Saya tidak nampak.

Sincerely, your call does not appeal much to me as a human being living with each other on this world.

Dan jika tuan masih lagi concern terhadap bangsa Melayu, percayalah, tiada yang lebih baik untuk bangsa Melayu, kecuali mengamalkan Islam dengan selengkapnya.