CINTA SEBELUM KAHWIN
Soaljawab Bersama Ustaz Wan Akashah W.Abd.Rahman
Sumber : majalah ANIS : MAC 2002

Soalan :

1. Apakah hukumnya jika kita mengharapkan cinta daripada seseorg, di mana bukan bermaksud untuk mengetepikan cinta kpd Allah?

2. Apkah pandangan ustaz mengenai cinta sebelum kahwin, adakah menjamin kebahagiaan. Serta bagaimanakah cinta menurut pandangan Islam?


JAWAPAN:

1. Hukumnya adalah harus kerana cinta adalah perasaan jiwa dan tarikan hati. Hati seseorang yg mengenal cinta akan tertarik kepada yg dicintainya dgn penuh perasaan dan kegembiraan. Cinta merupakan perasaan semulajadi (fitrah) yang menjadi sifat manusia. Manusia yang mula tersangkut cintanya selalunya akan bersungguh-sungguh untuk mencapai keinginannya tanpa melanggar batas-batas agama bagi membentuk kehidupan yang bersih dan penuh ketakwaan.

2. Cinta sebelum kahwin tidak menyalahi agama kerana cinta sebelum kahwin adalah salah satu faktor yg boleh menjamin kebahagiaan rumahtangga, tetapi percintaan itu biarlah tidak terlalu lama dan mengikut batas-batas agama. Islam dengan hakikat naluri semulajadi manusia mengiktiraf cinta yang bersemi pd seseorang individu bahkan telah digariskan kepada kita 3 peringkat cinta; cinta paling agung, cinta pertengahan dan cinta yang paling rendah yg telahpun dilalui oleh umat manusia dari dahulu dan juga akan datang sehinggalah Allah membinasakan bumi ini. 3 peringkat cinta ini terdapat di dlm firman Allah Taala : "Katakanlah: 'Sekiranya bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu dan kaum kerabat kamu, harta kekayaan yg kamu usahakan, perniagaan yg kamu takuti kerugiannya dan tempat tinggal yg kamu sukai, adalah lebih kamu cintai drpd Allah dan rasul-Nya, serta jihad pd jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan keputusan-Nya.' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada golongan yg fasik."(At-Taubah:24)

Cinta paling agung ialah cinta kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad pada jalan Allah. Cinta pertengahan ialah cinta dan kasihkan ibu dan bapa,suami, isteri, anak-anak, saudara-mara, dan juga kaum kerabat, manakala cinta yg paling rendah nilainya ialah terlalu mencintai dan mengasihi kaum kerabat dan harta benda melebihi daripada kasih Allah dan rasul-Nya serta berjihad pada jalan Allah.

Kesimpulannya, Islam sebagai agama suci mengiktiraf masalah cinta ini kerana ia merupakan fitrah semulajadi manusia. Manusia tidak dapat lari daripdanya kerana ia adalah suatu hikmat yg Allah kehendaki sebagaimana firman-Nya: "(Tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah." (Ar-Rum:30)

sekian .... untuk renungan kita bersama