PESANAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM
Berikut adalah soalan dan jawapan berkenaan wasiat Sheikh Ahmad yg. berlegar di ruang e-mail sdr/i baru ini. Apakah menurut Islam perkara seumpama ini boleh atau tidak?. Saya ringkaskan jawapan drp. Dr. Yusof Al-Qardawi, seorang ulamak terkenal apabila ditanya berkenaan perkara seumpama ini. Ringkasnya..dia menjawab, "Perkara ini adalah khurafat" dan tidak boleh dilakukan oleh seorang muslim.

Nak tahu lebih lanjut?. Di bawah dihuraikan lebih detail.

Soalan:
Saya telah terbaca satu surat (wasiat) dan amat terkejut dgn isi kandungannya. Ia dikatakan sbg satu wasiat drp. Sheikh Ahmad (pemegang anak kunci makam Rasullullah s.a.w) kpd. semua umat di seluruh dunia. Di akhir wasiat itu beliau berkata, "Di Bombay terdapat seorang yg. telah menyalin wasiat itu sebanyak 30 salinan dan dia telah dikurniakan Allah rezeki sebanyak 25000 rupiah. Seorang lagi menyebarkan wasiat itu diberikan rezeki 6000 rupiah oleh Allah. Terdapat seorang yg. mendustakan wasiat ini, maka dia telah kematian canaknya pada hari itu juga. Dia berkata bhw sesiapa yg. menerima wasiat ini dan tidak menyebarkannya akan ditimpa musibah yang besar". Apakah pandangan tuan terhadap wasiat ini? Adakah ia benar atau dusta?.

Dr. Yusof Al-Qardawi menjawab:
Ramai org tertanya-tanya ttg wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini dikaitkan dgn seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makam Rasullulah s.a.w.

Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz ttg Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Iannya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat org yg. menyebarkan apa yg. dikatakan sbg wasiat ke negara2 Islam.

Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yg.dikemukakan dlm. surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas telah menyatakan sebahagian drp itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih drp mencukupi. Allah berfirman dlm Al-Maidah:

"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agama kamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke atasmu nikmat-Ku serta Aku reda Islam sebagai agama kamu".

Sesiapa yg. menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh Allah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu. Terdapat tanda2 pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yg. melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yg. tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.

Manusia tidak pernah menerima perintah seperti sesiapa yg. membaca Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah. Maka bagaimana pula dengan wasiat yang khurafat ini?. Perkara ini tentulah tidak dapt diterima oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.

Wasiat tersebut menyatakan bahawa si fulan dari negeri tertentu yg.menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu rupiah. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan org2
Islam dari jalan yg. sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunah alam dan konsep sebab dan musabab yg. telah dijadikan Allah sebagai undang-undang alam ini.

Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kpd. perkara2 khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau- kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat shafaat khusus drp. Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya shafaat Rasulullah adalah untuk org2 yg. tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda dlm sebuah hadis:

"Org. yg. paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada Allah" dengan penuh keikhlasan hatinya"

Kita memohon kepada Allah memberikan kefahaman yg.benar tentang urusan agama, menunjukkan jalan yang lurus serta dijauhkan daripada mempercayai khurafat, rekaan-rekaan dan kebatilan.

Yang benar,
Dr. Yusof Al-Qardawi

Terdapat banyak lagi kisah2 yang diselitkan bersama wasiat tersebut.Saya percaya ramai diantara kita yang pernah terbaca wasiat ini. Jadi, sepertimana jawapan daripada Dr. Yusof Qardawi, wasiat ini adalah tidak benar dan tidak perlu diikuti kerana mungkin aqidah kita akan terjejas kerana mempercayai bahawa jika tidak menyebarkan wasiat ini, maka akan turun bencana kepada diri kita. kita juga tidak mahu menjadi sebab org lain terpesong akidahnya dgn menyebarkannya wasiat ini. Harap dapat disebarkan maklumat penting ini.

Wallahualam.