HEROIN FILEM HARRY PORTER MEMELUK ISLAM
Ini kisah benar dikirim daripada seorang kawan saya yang sedang menuntut di Kolej Islam Darul Ulum, Kedah. Kami sekelas semasa di SMU Darul Anuar, Pulau Melaka sejak 94-99. Semasa cuti beberapa bulan lepas, dia sempat ke Mesir dan saya telah bersamanya melawat kawan2 ke beberapa Muhafazah. Semasa bermalam di Damanhur, kami sempat menonton sebuah filem kanak2; Harry Porter. setelah beberapa minggu dia kembali ke Malaysia, saya terperanjat menerima email daripadanya yang menceritakan kematian pelakon perempuan filem tersebut. Kematiannya tragis sekali. Hanya kerana memeluk Islam, dia diracun sehingga meninggalkan dunia yang fana ini bersama keislamannya. Kisah keislaman kanak2 berumur 12 tahun itu bermula dengan ber'chating' di Mirc dengan seorang pelajar (namanya terpaksa dirahsiakan demi keselamatan) KIDU. Beliau seorang yang fasih berbahasa arab dan berbahasa inggeris. Ia bermula sejak tahun 1999 lagi. Dalam 'chating' itu berlaku berdebatan yang hebat antara antara beliau dan heroin filem Harry Porter itu apabila dia dipersoalkan siapa Osama bin Laden. Kata beliau, sebelum kamu ingin mengenali Osama, terlebih dahulu kamu mesti mengenali Islam. Mereka akhirnya selalu berhubungan dan Ema Charlotte Duerre Watson, kanak2 perempuan tersebut selalu bertanya tentang cara hidup Islam. Pelajar KIDU tersebut sempat ke England selama seminggu kerana beliau mempunyai keluarga di sana. Dalam tempoh itu, beliau sempat menemui keluarga Ema. Dalam pertemuan itu, mereka berbincang mengenai agama Islam dan banyak buku berkaitan agama Islam diberikan kepada keluarga tersebut dengan tujuan mereka dapat mengenali Islam dan dapat membuat perbandingan dengan agama2 lain. Akhirnya, Ema mengambil keputusan memeluk agama Islam. Tapi sayangnya, gadis yang cantik molek ini hanya sempat seminggu bersama keislamannya. Pada 28 Februari 2002, kira-kira jam 7.30 (pagi/petang tidak dinyatakan) waktu tempatan, beliau kembali ke rahmatullah kerana diracun. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan keluarganya. Apabila melihat kekuatan pegangan Bintul Muhajirah (nama Islam Ema) walaupun baru memeluk Islam, semua ahli keluarganya memeluk Islam. Ayahnya Duerre Watson memilih nama Jabir untuk nama Islamnya dan ibunya Jacqueline Watson memilih nama Aisyah. Adiknya Alex yang berumur tiga tahun memilih nama Abdullah. Berita kematian Ema tidak disiarkan dalam semua akhbar kecuali akhbar2 di England sahaja. Akhbar2 tersebut mengatakan kematian Ema disebabkan serangan sakit jantung (heart attack). Cable News Networld CNN hanya melaporkan seorang pelajar dari sekolah sekian-sekian... meninggal dunia. Beberapa hari selepas itu, orang yang meracuni Ema telah terbunuh. Oleh itu, polis British menyalahkan orang yang mengislamkan Ema dan cuba menjejaki suspect tersebut. Atas sebab inilah saya terpaksa merahsiakan identiti kawan kepada kawan saya tersebut.

Daripada kisah benar ini menunjukkan kepada kita bahawa betapa berperanannya Mirc dalam penyebaran dakwah. tetapi, berapa keratkah antara kita yang menggunakan kesempatan ini. Kebanyakan kita hanya menghabiskan masa berjam-jam berbual kosong di channel2 Mirc. Ini satu kesilapan yang sepatutnya kita menyedari. Gunakanlah segala kecanggihan teknologi maklumat yang ada sekarang untuk kepentingan Islam. Jangan jadi seperti sesetengah kita yang menolak terus internet kerana padanya boleh merosakkan umat Islam. Ini pendapat manusia yang jumud. Kalaulah benda tersebut boleh merosakkan umat ISLAM, kenapa kita tidak menjadikannya untuk kebaikan Islam?

Selain itu, daripada kisah benar ini juga, kita mengetahui bahawa betapa pentingnya agamawan menguasai Bahasa Inggeris. Selain menguasai bahasa Arab untuk memahami Islam sedetail-detailnya kerana Quran itu diturunkan dalam bahasanya, bahasa Inggeris juga perlu dikuasai kerana untuk menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam. Tugas menyampaikan risalah Islam kepada orang bukan Islam adalah tanggungjawab semua umat Islam. bagaimana kita akan menjawab soalan di akhirat kelak ketika mana orang kafir mengadu kepada Allah bahawa dia mati dalam kekafiran kerana tiada yang menyampaikan risalah Islam kepadanya? Akhir sekali, semoga kisah ini menjadi iktibar untuk diri saya sendiri dan sahabat sekalian. Sehingga berjumpa lagi.....