KANAK-KANAK KUPU-KUPU SYURGA
Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga:

- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuanya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas tubuhnya.

- Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

- Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

- Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

- Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan
anaknya itu turut diperolehinya.

- Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata: "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium". Sabda Nabi s.a.w.; "Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang".

- Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

- Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia kerena meninggalkan sembahyang apabila berumur sepuluh tahun, pisahkan anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.

- Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasullullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi". Sabda Nabi s.a.w.; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak atas dirimu".

- Setelah anak perempuan kamu berumur 16 tahun, maka kahwinkanlah dia.