KHASIAT KOPI DAN TEH
KOPI

- Suburkan Pokok Bunga

Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga tumbuh dgn subur dan menghijau.

- Mengubati Tangan Kasar

Jika sering membuat kerja rumah, didapati tangan akan cepat kasar & mengelupas. Caranya mudah. Ambil hampas kopi yg baru digunakan (masih panas), gosokkan ke seluruh tapak tangan juga bahagian belakangnya. Biarkan seketika ia melekat di tangan. Barulah dicuci dgn sabun. Amalkan setiap hari utk hasil yg memuaskan.

- Jika Kasut Berbau

Kaki yg berpeluh akan menimbulkan bau yg kurang menyenangkan pada kasut. Cuba taburkan serbuk kopi ke dlm kasut dan biarkan ia semalaman. Cuci spt biasa pada keesokkan harinya.

- Hilangkan Bau Rokok

Masukkan serbuk kopi ke dlm bekas habuk rokok. Hasilnya tiada bau asap rokok kerana puntung rokok yg dibuang akan bertindak balas dgn serbuk kopi. Baunya akan berubah menjadi serbuk kopi pula.

- Terkena Air atau Minyak Panas

Sekiranya air yg menggelegak atau pun minyak panas tumpah pada anggota badan anda, amalkan petua ini. Dapatkan sesudu kopi. Tampalkan serta merta pada bahagian yg melecur. Meskipun pd peringkat permulaan ia terasa sgt pedih, tahan shj utk seketika. Kira-kira 10 minit kemudian, tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak akan melecur.


TEH

- Lebatkan rambut

Ambil hampas teh dan embunkan semalaman. Kemudian perapkan ia pada seluruh rambut dan tutup dgn tuala kecil selama satu jam. Setelah itu barulah dicuci dgn syampu spt biasa. Cara ini bukan shj melebatkan rambut malah menguatkan akar rambut bagi mengelakkan rambut terputus.

- Menghilangkan parut

Ambil hampas teh yg lembab dan letakkan pada parut selama beberapa minit.. Ia perlu dibuat berulang kali bagi mendptkan hasil yg memuaskan. (Daun teh cina berwarna hijau lebih baik hasilnya.)

- Mencuci Barang Kemas

Barang kemas akan kelihatan pudar apabila terlalu lama dipakai. Utk mengatasi masalah ini, sediakan sedikit air teh dan biarkan semalaman. Kemudian ambil barang kemas dan rendamkan ke dlm air teh tersebut utk beberapa lama. Anda akan dapati barang kemas anda akan kelihatan spt baru.

- Melembutkan Muka

Caranya, rendamkan beberapa sudu teh ke dlm 2 gelas air. Embunkan semalaman. Sapukan air teh tersebut ke seluruh muka pada keesokkan harinya sambil berselawat tiga kali. Insya-allah muka akan menjadi halus & lembut.