BUAT YANG BORING SAJA
Story 1

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta tu emergency brake, aku sondol belakang keretanya.

Aku pun dengan geram turun dalam hujan lebat dan marah pemandu tu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak cam buat muka selambee aje bila dimarahi lalu aku lagi naik hot dan bertanya "Napa diam. mulut dah kena jahit kah, tak mahu bayar ganti rugi kah??

Lalu dengan relax dan cool pemandu tu pun bersuara "Elo sedara... tak ke sedara heran sedara kat mana ni?".

Aku pun cam slow temperatue aku dan melihat di sekeliling aku,....mak oii aku berada di garaj keta rumah dia laaaaaaaaaaaaa.

Ish ish ish............


Story 2

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai keseberang ia memerlukan stamina yg cukup. Anjing A training rabak habis-habisan. Anjing B ni relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan si anjing B ni pulak yg sampai awal daripada anjing A, alkisah sempat makan lagi. Anjing A pun tak puas hati membara sampai nak terbakar tapi anjing B pun dengan rock habis berkata, "Rileks la beb, aku ni kan... aku ni kan anjing laut."


Story 3

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atok nya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok!!, atok buat apa tu?"

"Ooo Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi "Apa lah bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


Story 4

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik tetiba aje terlepas, jatuh dan berkecai. Isi nya plak berwarna sedikit keputihan, takut dipanggil penipu, penjual tu pun berkata "Eh! tadi merah, jatuh punya pasal tu la, dia takut terus jadi pucat dan putih."

Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka penjual tu lalu merah padam lah muka dia.


Story 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang beserta 2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu pun disoalsiasat oleh polis,

"Cuba ceritakan apa yang terjadi, supaya mudah untuk kami melanjutkan penyiasatan."

"Mmm... entahlah ye, seingat saya bila kami sampai pada ketinggian 30,000 meter tetiba terasa teramatlah sejuk cam nak demam. Jadi, saya pun matikanlah kipas Helikopter tu..."