TUGAS TERAKHIR LINA
"I terpaksa balik dululahh...., Puan Maria.... I got an appointment this evening, " Lina berdiri sambil memegang beg sandangnya. Maria merenung jamnya. Sudah pukul 5:45 petang tapi projek mereka masih belum siap dan sekarang Lina sudah minta izin pulang.

"But we need to finish this proposal by tomorrow morning. I want everything to be done before tomorrow." Maria memandang Lina seolah-olah meminta simpati

"Yes..., but it's all settle except for slides preparation. I boleh buat esok pagi.." janji Lina

"Okaylah..... go ahead but promise come early tomorrow," Maria mengingatkan.

"No problem. I tak pernah datang lambat Puan Maria, in case you've forgotten," Lina tersenyum

"Of course. You never late but i believe tought is a special occasion, judging from I seen and jangan nak gaduh2 lagi. Tak baik, nanti si Zam tu lari, siapa yang rugi?"

Lina cuma tersengih mendengar komentar bosnya yang dianggap seperti kakaknya. Maria memerhatikan Lina yang kelihatan anggun petang itu, melangkah keluar dari pintu office. Lina cantik, lemah lembut dan bijak. Beruntung sungguh boyfriendnya. Lina bukanlah seperti lain-lain sekretari yang memilih untuk tidak bekerja dengan bos perempuan. Kini tinggal Maria sendirian untuk menyiapkan kerja itu.

Nasib baiklah Maria memang jenis bos yang pandai buat keje sendiri. Tahap kelajuan menaip bukan calang-calang. Maklum laaa dia naik dari bawah sebelum duduk di kerusi Manager sekarang. Maria masih lagi tekun merekabentuk prensentation yang sesuai kerana Maria memang cerewet dalam hal-hal begini. Tidak ramai sekertarinya yang boleh memahami apa yang Maria
mahukan kecuali Lina yang nampaknya boleh membaca fikiran Maria dan mempunyai etika yang baguss.

Cuma tak suka stayback. Maklumlah orang muda, tentu lebih seronok keluar dengan kekasih daripada bergelut dengan kertas-kertas dan angka-angka.

"Hhmmm.., mampus aku..!!!. Macam mana nak design lay-out nie?? Macam ni buruk, macam tu pulak hodoh. Problem, problem...!!! Bila aku boleh tidur nie?" rungutnya.

Maria memang nampak betul-betul tension sampai bercakap sendirian. Beberapa ketika kemudian, Maria hanya termenung di mejanya, sambil mengadap komputer. Kepalanya betul-betul buntu!!! Jam di monitor komputer menunjukan 7:30 malam.

Tiba-tiba kedengran bunyi swipe card digunakan di pintu utama.

"Assalamualaikumm Puan Maria" suara yang memberi salam didengarnya. Untuk memastikannya, Maria berpaling.

"Waalaikumsalam. Eh, kan ada date?"

Maria merenung Lina yang kelihatan agak murung."Date I cancel lah," jawab Lina perlahan.

"Kesian you, takpe, kita siapkan projek nie yer. I pun sampai tahap buntu dah nie. I nak pergi sembahyang Maghrib dulu. You buat bagi habiss, nanti I antar you balik," Maria bangun dan mencapai Al-Quran di hujung meja.

Lina mengangguk dan terus duduk di kerusi yang Maria duduki sebentar tadi. "I stuck kat Motor Risks tu. Tak tau nak buat lay-out kemalangan jalan rayalah." Maria menggaru-garu kepalanya. "Kalau boleh I nak yang betul-betul real supaya potential client tu faham kenapa kerajaan wajibkan insurans kenderaan. Boleh tak you buat something ngeri tapi menginsafkan orang yang memandangnya," sambungnya sambil mengambarkan apa yang diingininya.

"Sure, no problem. I dah alami kemalangan jalanraya nie. I rasa I boleh buat apa yang you nak," balas Lina.

Maria tersenyum lega. Dia tahu kemampuan Lina...,"Good.., I pergi sembahyang kejap. Lepas tu I nak mengaji sampai Isyak, and don't hesitate to interrupt me if there is anything," Lina angguk.

"You bacakan Yassin untuk I, boleh tak?? Maklumlah I tak sempat belajar mengaji," kata Lina perlahan sambil memandang Maria.

"Tak sempat ke malas....??" Lina cuma tersenyum mendengar sindiran pedas Maria.

"Kita keje nie keje jugak. Jangan sampai jadi hamba kerja dan lupa pada kewajipan. I rasa tak pernah nampak you sembahyang."

"Lagipun kita bukannya tak ada kemudahan untuk beribadat kat office nie,"

Sekali lagi Lina terkena. Pedas tapi itulah kenyataan!!! Dia tahu Maria tidak bermaksud menyakiti hatinya. "Eerrrkk, tak sempat." balas Lina sambil tunduk.

Maria terus menuju ke surau yang terletak cuma kira-kira 20 > meter. Dari dalam surau Maria dapat mendengar keybord komputer berdetik-detik. Selesai sembahyang Maghrib Maria terus berdoa semoga proposal itu diterima. Kemudian Maria membaca AL-Quran sementara menunggu waktu Isyak.

"Kedengaran bunyi printer sedang digunakan. Cepat dan cekap sungguh Lina bekerja," bisik Maria.

Belum pernah Maria rasa puas hati dengan sekretari-sekretarinya sebelum ini. Jam sudah menunjukkan menandakan masuknya waktu Isyak. Maria mengerjakan solat Isyak dengan tenang. Setelah selesai Maria bersolek ala kadar dan terus menuju ke mejanya. Suasana di pejabat sudah senyap sunyi. Mungkin Lina sudah menyelesaikan tugasnya. Maria lihat di atas mejanya proposal itu sudah lengkap dengan slide lay-out dan Maria dapat membayangkan presentationnya esok akan success.

Insya Allah dia akan mendapat premium yang agak lumayan dalam keadaan gawat-gawat begini. Maklumlaaa dalam keadaaan suasana ekonomi jatuh begini, setiap syarikat besar akan menggunakan insurans untuk mengurangkan risiko kerugian. Satu demi satu Maria meneliti slide tersebut dan dia berpuas hati dengan hasil kerja Lina. Nampaknya Lina sudah membuat beberapa pembetulan pada kerja Maria sebentar tadi dan Lina bijak memilih warna. Maria rasa, Lina lebih sesuai masuk ke bidang grafik dari bidang insurans yang kurang kreativitinya yang tinggi ini.

"Eeeeee ngerinya, macam manalah agaknya dia boleh design gambar eksiden punya real?" detik hati Maria.

Maria memandang slide bertajuk Motor Risks. Sebuah kereta dan bas ekspres menghimpit sebuah motosikal. Kedua-dua pemboncengnya mati.

Salah seorang daripadanya tercampak dan terbaring agak jauh dari motosikal manakala yang seorang lagi terhimpit di bawah kereta. Digambarkan boot kereta kemek dan cermin pecah.

Tinggi sungguh imaginasi Lina mengambarkan keadaan cermin kereta pecah berderai dan darah membasahi jalan raya. Maria sudah membayangkan suasana presentation esok.

"It is going to be successful presentation with all this slides" Maria tersenyum gembira dan segera mengemas begnya. Lina masih tidak kelihatan. Mungkin ke bilik air agaknya. Maria mencari di sana kemudian berpusing satu pejabat dan memanggil nama Lina. Namun tiada sahutan. Ke mana pula Lina pergi?

"Dia dah balik agaknya budak nie," bisik Maria setelah gagal menemui Lina. Mungkin keluar ketika dia sedang sembahyang dan tidak memberitahu Maria.

"Tak apalah janji kerja dah siap" detik Maria sambil membawa komputer bimbitnya. Dan ke semua persediaan untuk presentation kerana dia tidak bercadang untuk singah ke pejabat
terlebih dahulu pagi esok.

Seperti yang dijangkakan, presentation berjaya. Pelanggannya bersetuju dengan setiap kelas insurans yang dicadangkan. Malah pelanggannya juga sanggup meningkatkan lagi sum insured bagi risiko harta benda mereka.

Maria memandu ke pejabat dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Tiba di bangunan Sime Darby, Maria segera menuju ke lif dan menekan butang ke pejabatnya. Maria masuk ke pejabat bersemangat untuk berjumpa Lina dan mengucapkan terima kasih atas hasil usaha kerjanya semalam. Tengah hari nanti Maria bercadang mahu belanja Lina makan.

Walaupun Lina sememangnya patut membantunya tetapi Maria memang suka mengambil hati orang bawahannya.

"Puan Maria, macam mana you boleh happy aje hari nie?" tegur Faridah, penyambut tetamu di pejabatnya. "Presentation I success, sebab tu I happy. Lina dah sampai?" tanyanya.

"Lina? Err, you tak tahu ke?" wajah Faridah berkerut memandang Maria.

"Tak tau apa?" Semalam Lina patut keluar dengan Zam, tapi pukul 7:30 dia datang balik ke pejabat, tolong I buat kerja. Dia kata datenya cancel"

Maria menatap Faridah yang begitu kehairanan.

"Dia datang balik ke pejabat pukul 7:30? Tolong you buat keja? Errr you tak baca paper hari nie ker?"

Mata Faridah terbeliak. Banyak tanya pulak Faridah nie.

"Why...." hati Maria mula gusar. Faridah menghulurkan suratkhabar dan otak Maria pantas mencerna pandangan matanya. Hatinya berdebar kencang ketika membaca tajuk utama akhbar hari tu.

'DUA PEMBONCENG MOTOSIKAL MAUT DIHIMPIT KERETA DAN BAS' Turut disiarkan gambar tragedi tersebut

"Ya Allah, apa yang Kau cuba tunjukkan padaku?" kaki Maria begitu lemah dan dia terduduk di sofa tetamu. Matanya masih terpaku pada gambar di dada akhbar sambil otaknya ligat membandingkan slide Motor Risks yang dibuat oleh Lina malam tadi. Perlahan-lahan Maria bangun menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Maria mahu membaca surah Yassin, seperti apa yang Lina minta.