KEROPOK LEKOR
Satu hari, ada sorang pakcik yang tak pernah naik kapal terbang. So, dia pun bertanya lah kat sorang passenger yang akan naik kapal terbang yang sama.

Pakcik : "Nak... nak... dekat kapal terbang tu makanannya sedap belaka tak???"

Orang muda : "Tak sedap lah pakcik. Baik pakcik bawak makanan sendiri... tapi kena bawak senyap-senyap, tak boleh bagi orang dalam kapal terbang tu nampak"

Selepas tu pakcik tu pun bawak lah KEPOK LEKO (rebus punya aje... sape-ape yang tak sure, gi tanya kat orang Terengganu). Oleh kerana tak boleh bagi orang nampak, pakcik tu punG belitkan kepok leko tu dekat pinggang dia. Dia pun naiklah kapal terbang... sampai je waktu makan, pakcik tu pun terasa lapar. Lalu dia pun ambik pisau lalu diselakkan dia punya kain dan potong sikit, makan. Selak sikit, potong, makan. Bila dia toleh kat sebelah, dia tengok orang kat sebelah dia pengsan. Sebelah sana pun pengsan. Makna kata, sana sini pengsan. Aaaaaahhh... peduli apa aku, dah lapar perut ni. So, potong sikit, makan. Selak sikit, potong, makan. Tetiba, dia pulak pengsan.... Nak tau kenapa passenger lain ngan pakcik ni sekali pengsan???

Sebab passenger lain ingat pakcik ni selak kain dia, potong dan makan "dot-dot-dot" dia, yang pakcik ni pulak, asib baik sungguh. Lagi 1/2 inci tak terpotong "dot-dot-dot" dia.

p/s moral of de stori : lain kali, jangan bawak dan makan benda pelik-pelik dalam kapal terbang.