KISAH NABI SULAIMAN BERSAMA SEEKOR SEMUT
Diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut."Berapakah rezekimu dalam setahun?"

Semut menjawab,"Sebutir biji gandum."

Maka, Nabi Sulaiman a.s. pun melektakkan semut itu ke dalam sebuah botol dan meletakkan bersamanya sebutir biji gandum serta menutup mulut botol itu. Ketika genap setahun, Nabi Sulaiman a.s. membuka mulut botol dan ternyata semut itu hanya makan setengah biji gandum.

Berkatalah Nabi Sulaiman a.s. "Mengapa tidak engkau makan setengah biji yang lain?"

Semut pun menjawab, "Kerana tawakkalku kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji gandum. Sebab Allah tidak akan lupa kepadaku. Tetapi setelah tawakkalku sekarang kepadamu di dalam botol, maka akupun meninggalkan setengahnya. Aku berkata di dalam hati, "Jika Nabi Sulaiman lupa kepadaku dalam tahun ini, aku akan dapat makan setengah yang lain pada tahun hadapan"