RENUNGAN
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah; suatu keajaiban dan istimewa tentang penciptaan Allah adalah manusia. Kita boleh lihat sendiri dengan kerangka kita yang rapuh tidak sekuat makhlok Allah yang lain seperti gunung-ganang mahupun besi dan gajah, manusia boleh menguasai dan merubah dunia ini. Agar kita tidak lupa siapa pencipta kita, dan padaNya kita mesti
akur dan tunduk selaku hamba Allah, Allah telah berfirman:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dalam bentuk yang sebaik-baiknya" -Surah al-Tin ayat:4

Dan Allah meminta supaya kita iktiraf kepada kewujudanNya lantas akur kepada perintah dan laranganNya, dengan meneliti keistimewaan dan keajaiban penciptaan makhlok bernama manusia Allah berfirman: "Dan juga pada dirimu itu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikannya" - Surah al-Zariyat ayat 21.

Marilah Muslimin dan Muslimat pada pagi Jumaat yang mulia ini, kita iktiraf dan insaf tentang sifat kita selaku hamba Allah. Iktiraf dan insaf kita dijadikan sebaik-baik kejadian oleh pencipta kita yang Maha Agung Allah SWT. Lantas iktiraf dan insaf untuk patuh dan taat pada perintah dan laranganNya asemasa hidup di dunia ini.