MEMANCING
Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail. Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu. lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan sakit!! Oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita. selagi ia masih hidup.

Begitulah juga. Setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah dia mula menyayangi mu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu saja.

Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama mu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati mu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada. Jangan terlalu mengharap pd takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluan mu kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar utk kamu menampalnya semula.

Akhirnya, ia akan dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah dia seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya, dan janganlah menganggapnya terlalu istimewa.

Anggaplah dia manusia biasa! Kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan kelak, bukan mudah utk kamu menerimanya. Akhirnya, kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik.