PETUA KESIHATAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan ialah perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan Qiamullail).

Menerangkan Penglihatan
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati ialah melihat warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang atau barang yang di sayangi dan melihat buahan serta dedaun. Perkara yang boleh menggelapkan pandangan ialah berjalan tanpa alas(berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah muram(masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

Penyebab Wajah Bersinar
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering(hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, dan taqwa.

Kefahaman dan Ingatan
Perkara yang boleh merosakkan ingatan dan kefahaman ialah sentiasa memakan buah yang masam, tidur menggunakan tengkuk(belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Sementara perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman ialah hati gembira, sedikit makan dan minum, mengawal makanan yang manis dan berlemak serta mengurangkan lebihan berat badan.