MENGENAL KULIT BABI
Assalammualaikum w.r.t, Mungkin ini boleh menjadi panduan anda. Suatu hari, saya pergi ke Chow Kit. Dalam kesesakan orang ramai yang berasak-asak, saya melalui kawasan di mana terdapat di kiri-kanan orang menjual pakaian 2nd hand atau atau lebih popular - baju bundle. Pada masa yang sama saya terlihat beberapa helai jaket kulit yang memang saya dan rakan saya sering berhati-hati agar tidak tersentuh - jaket kulit yang diperbuat daripada kulit babi. Ingin rasanya menegur si penjual, tapi saya pasti kalau tidak dimaki, pasti lebam mata dibelasah. Nak tak nak saya diam sahaja. Bagaimana untuk mengenal pasti pakaian atau kasut yang dibuat dari kulit babi? Lihat tanda berikut:- Kulit babi jika dilihat dari jauh nampak seperti bercorak-corak (berbintik-bintik). Kalau tak pasti, lihat dekat-dekat.

Bintik tersebut adalah hasil dari tiga titik kecil yang rapat. Ini telah pastikan ketika lawatan sambil belajar oleh pelajar Malaysia ke Italy. Ketika melawat kilang memproses kulit, mereka diterangkan bahawa hanya babi sahaja yang mempunyai kulit sedemikian. Maha suci Allah, Dia menjadikan kulit babi lain dari yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi, ketika membeli-belah, berhati-hatilah terutama ketika memilih jaket kulit. Jika anda seorang yang prihatin, sebarkanlah email ini agar menjadi petunjuk kepada kita. Wassalam.