DUA GERHANA DI BULAN RAMADHAN
Assalamualaikum,

Saya telah mendapat maklumat yang berikut:

Pejabat Penyelidikan Astronomi di Vienna telah dapat mengesan satu keajaiban yg akan berlaku pd 9 & 23 nov.2003,dimana akan terjadi satu gerhana bulan & satu gerhana matahari pada tarikh2 tersebut tidak lama lagi. Tarikh itu akan jatuh pada bulan ramadhan 2003. Bulan Ramadhan akan bermula pada 27 Oktober 2003 &
berakhir pada 27 Nov 2003. Dgn itu tarikh 9 & 23 akan jatuh dalam bulan Ramadan. Gerhana bulan pd 9 Nov 03 akan dapat dilihat di seluruh negara eropah, asia tenggara, benua Afrika dan amerika, manakala gerhana matahari pd 23 nov 03 dialami penduduk antartika & selatan laut hindi. Oleh itu kepada sahabat-sahabat sekelian dapat kiranya sesiapa antara kita yang boleh memberi panduan kaitan akan terjadinya gerhana tersebut dengan fakta dibawah. Seperti yg diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :

" kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w"

(Ikmal Al-Din m.s 361)
Guru Granth Sahib (Guru Nanak) dalam kitab yg diamalkan oleh penganut Sikh mengatakan: "Bila Nishkalank Avtar muncul di antara kita, bulan & matahari akan mengalu-alukan kedatangan mereka " Kitab Injil pula menyebut "Setelah tiba harinya, bumi gelap tanpa sinar matahari, bulan enggan menyinari malam dan bintang-bintang akan gugur dari langit syurga"

Di dalam Kitab Taurat Allah juga menyebut dlm ayat 13:10 "Bintang-bintang tidak memancarkan cahayanya, matahari tidak menerangi alam di waktu siang dan bulan
enggan bercahaya "

Masih adakah orang2 yg menolak kebesaran Allah s.w.t... Olih itu bersedialah kita semua sebelum terlambat.... Renungan buat kita semua .......... Wassalam.