HIKMAT 10 WASIAT
HIKMAT DI SEBALIK SEPULUH WASIAT IMAM HASSAN AL BANNA

1. SEGERALAH MENUNAIKAN SOLAT, KERANA IA MENDIDIK DIRI KEPADA TAQWA DAN DISIPLIN.

2. BACALAH AL-QURAN, KERANA IA MELEMBUTKAN HATI DAN MENYEGARKAN JIWA.

3. BERTUTURLAH DENGAN BAHASA YANG JELAS, KERANA IA MEMBAWA KEBERKESANAN DAKWAH.

4. JANGANLAH TERLALU BANYAK BERDEBAT, KERANA IA MENGHAPUSKAN KEMESRAAN SESAMA MUKMIN.

5. JANGAN TERLALU BANYAK KETAWA, KERANA IA MENJADIKAN HATI ANDA KERAS DAN TIDAK SENSITIF.

6. JANGAN TERLALU BANYAK BERGURAU, KERANA IA BOLEH MENYEBABKAN ANDA LALAI DARIPADA PERJUANGAN.

7. JANGAN BERSUARA KUAT DARI YANG DIPERLUKAN, KERANA IA BOLEH MENJADIKAN PENDENGAR JEMU DAN BOSAN KEPADA ANDA.

8. JANGAN MENGUMPAT, KERANA IA BERDOSA DAN PEROSAK BAGI PERHUBUNGAN YANG BAIK SESAMA MUKMIN.

9. KEMBANGKAN TAARUF, KERANA IA MENINGKATKAN KEMESRAAN DAN BOLEH MEMBINA MEDAN DAKWAH YANG LUAS.

10. KEWAJIPAN KITA LEBIH BANYAK DARI WAKTU, OLEH ITU JAGALAH WAKTU ANDA DAN BANTULAH ORANG LAIN MEMANFAATKAN WAKTU MEREKA.