BENGAP
Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata,"Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa bengap. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia".

Dia memanggil driver dia dan berkata,"Ah Beng... awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo". Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus bergegas ke showroom kereta.

Bos yg satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bengap. Leman!, meh sini kejap!!". Leman berlari ke bosnya. "Apahal tuan?".

Bosnya berkata, "Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak". Leman jawab, "Orait tuan!!", lalu bergegas balik ke rumah bosnya. Bosnya berkata kpd bos satu lagi, "Tengok! Si Leman ni mmg bengap nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkanlaa dia tak boleh fikir yg saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha...".

Petang itu, bertemu laa dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,"Lu tau ka, gua punya bos aa... maaaaanyak boloh laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?".

Si Leman balas balik, "Hehe.. bos aku laaagi bengap. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau
sangat. Bengap betul".