SEKADAR PENDAPAT
Saya setuju kalau org kata.

1. "Eleehh..... tak semua org yg Sembahyang tuh baik. Derang ada jugek perangai buruk.Tgk cam si polan tuh. Buat juga begitu dan begini walaupun dia sembahyang".

2, "Eleehh...tak semua orang gi masjid bebaik. Ada juga yang begitu dan begini walaupun dia selalu gi masjid"

3. "Bukan semua orang pakai tudung baik. Tgk tuh yg pakai tudung pun boleh buat begitu dan begini walaupun dia bertudung".

Jadi saya pun terpanggil untuk menjawab antara "ungkapan2" di atas.Saya petik dari kata-kata Ust. Haron Din dalam ceramahnya.

"betul...tak semua org yg pakai tudung tuh baik. TAPI betapalah lagi orang yang tak mahu pakai langsung-langsung.Kenapa..?? sebab dia secara terang-terang melawan perintah & larangan Allah". (menjawab ungkapan 3)

Maka saya nak kaitkan tamsilan ustaz nih tadih utk situasi 1 & 2

1. Betul tak semua orang Sembahyang/solah tuh baik (e.g perangainya). Ada juga terkadang2 buat atau terbuat perkara yg tak elok. TAPI betapalah lagi org yg tak mahu solah langsung-langsung. Terang2an dia itu melawan perintah Allah s.w.t.(maaf cakap tapi inilah glgn fasik.Glgn yg tahu solah itu wajib tapi dia tak mahu buat)

2. Betul tak semua org yg pergi masjid tuh baik (e.g perangainya). Ada juga dikalangan mereka yg berbuat atau terbuat sesuatu yg tak baik. TAPI betapalah lagi org yg takmo pergi masjid langsung-langsung. Terang-terangan mereka mengabaikan galakkan Rasul s.a.w utk org Islam solah di masjid.

Sebagai tambahan.....SAYA dan kita2 semua perlu melihat :

1. Bahawa hebat mana pun ilmu agama seseorang tuh dia ttp manusia biasa. Ada melakukan dosa ada kekurangan.

2. Dia mungkin bersolat tapi ada juga kemungkinan dia tidak khusyu' dalam solah dia. Dia tidak menghayati keseluruhan solahnya.Dia mungkin pergi ke masjid tapi dia mungkin ke masjid kerana dia ada jawatan di masjid itu. Dia mungkin bertudung..tapi dia mungkin bertudung kerana itu peraturan sekolah(bukan datang dari kesedaran dia ttg kewajiban memakai tudung) atau dia beranggapan bahawa menutup aurat ini hanya untuk rambut sahaja so tak kesah kalau berT-shirt lengan pendek sahaja.

3. Akhirnya,bersangka baik(husnus zon) itu adalah perkara yg terbaik. Kita bukan mahu ikut Islam kerana seseorang @ makhluk. Tapi kerana Allah s.w.t jua adanya. Bila kita "adore" someone yg baik atau kita consider alim then suddenly dia "tergelincir" dari agamanya takkan kita pun nak ikut "tergelincir"..??. Dalam maksud kalau kita tgk org tuh selalu solah dan jaga auratnya tetiba satu hari dia "buat perkara tak elok" takkan kita terus takmo solah dan takmo jaga aurat kita atas alasan dia yg kita "adore" pun dah jadi camtuh. Kita ikut siapa sebenarnya...??


Kenapa saya menulis artikel ini..?? kerana semalam saya terbaca satu website mahasiswa yg ada gambo yang NTV7 dedahkan tuh. (saya tak tgk di TV...tapi sbb org dok citer...carik2ler kat internet). So bila tgk gambo nih datang kerisauan.Ini satu fitnah utk glgn yg menutup aurat . Effectnya mungkin menyebabkan org prejudis terhadap org pakai tudung atau menutup aurat hingga derang sendiri rasa tak mahu pakai tudung atau menutup aurat (tanpa melihat dari sudut hukum menutup aurat itu tetap wajib sekalipun ada org "mencalari" keindahan suruhan ini). Jadi saya terpanggil utk memberi pandangan berdasarkan sedikit ilmu yg saya ada.

Kesimpulan saya...

1. Saya wajib berusaha tetapkan yaqeen saya terhadap Islam tanpa berbelah bahagi sekalipun ada segelintir mencalarinya. Kerana bukan agama ciptaanNya yg cacat. Tapi kerana ada penganutnya yg kurang penghayatan.

2. Dakwah bermula dari keluarga saya sendiri. (adehh..susah btol yg nih). Tapi kena usaha jugek.Insya Allah.

Yang baik dari Allah.Yang kurang dan lemah dari saya jua. Yang baik jadikan teladan yang kurang jadi sempadan.

Wallahua'lam

P/s..One situation.Heard this from a friend:

Venue : Sidang parlimen sebuah negara Islam afrika.

Bangun seorang ahli parlimen wanita lalu berkata

"tidak kisah samada seseorang wanita itu bertudung atau tidak.Itu luaran..yang penting hatinya baik."

Seorang ahli parlimen lelaki spontan bangun dan berkata:

"aaa menarik sekali.Maka saya mencadangkan agar Puan XXXX ini berbogel sahaja ketika berjalan di bandar.Kerana tidak penting apa luarannya yang penting hati puan baik."