Monday 08 September 2003
Kuala Lumpur bandar raya paling ramai wanita cantik
KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kuala Lumpur dilimpahi dengan lebih ramai wanita cantik mengikut satu meter persegi berbanding dengan mana-mana bandar raya di planet bumi ini, menurut seorang ekspatriat Australia yang tinggal di sini.

Lance Skelton berkata sejak tiba di sini beberapa bulan lepas selepas berkhidmat di empat benua sebelum ini, Kuala Lumpur memberi kejutan indah kerana dapat bertemu ramai wanita cantik.

"Tetapi hakikatnya terdapat ramai wanita di sini yang begitu cantik. Apa yang mengejutkan ialah kebanyakan wanita ini nampaknya tidak mempunyai idea mengenai kecantikan mereka yang menawan.

"Mungkin kerana anda boleh melihat Ratu Cantik Dunia di mana-mana seperti di gedung membeli-belah, pasar raya, kedai kain, gerai makanan, kafe, syarikat kecil, syarikat multinasional, bas dan tren," katanya dalam sebuah artikel dalam isu terbaru The Expat, sebuah majalah bulanan yang diterbitkan khusus untuk masyarakat ekspatriat di negara ini.

Skelton berkata tarikan di Kuala Lumpur cukup baik sekali kerana lokasi dari segi geografi dan kestabilan politik di Malaysia menawarkan wadah tumpuan kepada kebudayaan orang Melayu, Cina India, Indonesia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Filipina dan Singapura bergerak, bercampur, berkahwin dan berkembang.

"Jadi, anda kesudahannya bertemu dengan kumpulan wanita eksotik dan anda akan melihat kesemua pengaruh genetik pada warna kulit, raut wajah, warna rambut, bentuk badan dan loghat. Ia sungguh memukau," katanya.

Menurut Skelton, kecantikan dan misteri wanita Asia adalah salah satu topik perbincangan umum di kalangan lelaki ekspatriat di Malaysia.

"Namun, ia jarang dibincang secara terbuka. Ia seperti satu rahsia yang kita tidak berani berkongsi dengan rakan kita kerana takut ia akan membentuk sesuatu yang kompleks tentang makhluk manis ini yang berjalan dengan langkah longlai, memakai baju bersaiz lapan atau mengenakan seluar jeans ketat dengan warna kulit yang baik sekali serta senyuman menggoda," katanya.

Beliau juga memerhatikan bahawa wanita Asia adalah berbeza kerana berorientasikan keluarga, pegangan agama yang kuat, berdikari, menawan serta bijak dan berusaha keras untuk menjaga hati rakan mereka. - Bernama

posted at 5:30 pm 08092003

Takleh plan
Haaa satu je aku perasan, kalau plan awal-awal nih, memang takkan jadi punye.

Memule plan nak balik sini dari Penang dalam tengahari, lelast sampai Subuh pagi Isnin. Pastu plan nak pi Golok, lelast Rantau Panjang je. Plan nak shopping mencanak, last-last shopping ala kadar je. Plan nak gerak dari Kelantan ke Penang dalam kul 9 pagi Ahad, lelast bertolak 430 petang Ahad.

Plan sampai Penang dalam kul 8 malam, lelast sampai kul 11 malam. Plan nak makan-makan kat luar, lelast makan sponsored kat umah Muzammil. HAHAHHAHA! Plan nak gerak terus dari umah Muzammil, tapi lelast gerak kul 230 pagi.

Plan nak layan live band bile sampai KL, tapi tade maknenyer bile kul 11 malam still lagi kat Penang. Plan nak sampai kul 3 pagi kat Uncle Don Hartamas, tapi sampai Restoran Jejantas Sungai Buloh kul 545 pagi.

Plan pi opis kul 9 pagi, tapi sampai kul 12 tengahari.

Kesimpulannyer, baik tayah plan, mesti lagi masyuk Hehe!

posted at 3:38 pm 08092003


Sunday 07 September 2003
Ish ish
Dah la lepak umah orang, pastu balik lambat, bangun pun nak lambat gak!! MUAHAHAHAHAH! Kul 2 petang baru bangun, ishh teruk siall perangai. Tapi kalau dah penat sangat, memang takde maknenyer nak bangun awal. Heheh!

Memakan nasik putih berlauk ayam, pastu kul 4, kitorang zasssssss pi Penang!! MUAHAHAHHA cam sial kan? Memang pun! Lalu ikut Grik, on the way nak pi Grik tu, kitorang stop 2-3 kali sebab terserempak ngan gerai kasut bundle yang mencanaknyer cam syurga kasut. Urghh!! Nasib baik la tade saiz, kalau ade saiz, memang dah 6-7 pasang dah angkat bawak balik. Hahaha! (Sebab tak angkat la buleh cakap camtu tu. Huhu!)

Sampai Penang dalam kul 11 malam, lepak umah Muzammil (abang Dekda) , memakan situ sampai kenyang nak mampos. Lepas je blah dari umah Muzammil kat Teluk Kumbak tu (cewahhhh, cara pronounce die seharusnyer cam 'Teluk Kumbaqqqqq') kitorang pi layan Batu Maung, saje je nak lelepak situ meminum ngan Fahd plak. Hehehe!

Lepak la kitorang kat situ sampai kul 230 pagi beborak pasal bisnes. Hehehe!

Bugi: "Tu la, aku pun pikir cam nak bukak kedai makan yang masyuk"

Fahd: "Tapi ko ade ker modal nak bukak kedai makan tu? Menda nih kene seriyes siall"

Mukeh: "Tu la masalahnyerrr"

Bugi: "Aku bile dah menang loteri, memang aku zas je bukak kedai makan"

Fahd: "Burpppppp!%^&#& Gile apeee siall bukak kedai makan! Babihh je! MUAHHAHAHAHA!"

Mukeh: "Sial la Bugi. Cam sial laa harapkan duit loteri. Babih!"

Gerek: "Eishhh ko nihhh!!!!!"

Mukeh: "Kalau ko la Fahd, ko menang loteri 12 juta. Ape ko nak buat sial?"

Fahd: "Duit haram sialll, aku tak amiknyer"

Mukeh: "Sekarang nih 12 juta beb, ini ko menang nihhh! Seriyes shitt ko menang. Ko tanak amik??"

Fahd: "Sial laa, susah gak la kan? Dem la!"

Mukeh: "HAHAHAHAHAH ok ape ko akan buat sial ngan 12 juta?"

Bugi: "Die akan kene tax, so cam tinggal 10 juta la"

Mukeh: "Haa ok la, 10 juta, ape ko nak buat sial?"

Fahd: "Aku tak gune la kot. Ok la aku pi melancong la!"

Mukeh: "MUAHAHAHHAHAHA gune la jugak tu. HAHAHHAHAHA!"

Fahd: "Sial laaa!"

Mukeh: "Bugi, baik ko bukak kedai loteri bebesar siall. Haaa abis sume income pun sume haram! Haaa pastu bile dah berjaye, bukak lagi satu kedai loteri kasik sume haram!"

Fahd: "MAUHAHAHAHAH siall!! Abis sume hasil haram jadi haram"

Gerek: "Babih la Mukeh!"

Mukeh: "Ko ade keje kosong ker Fahd kat Ireland?"

Fahd: "Haa tu best gak dud. Kat sane paling minimum utk part time 6 euro. Lebih kurang 28 ringgit la. Haa kau buat la visa nak visit aku 3 bulan. Lepas abis 3 bulan tu, keje haram je la"

Mukeh: "Babih laa 28 ringgit, masyuk siall! Tu sejam, kalau 10 jam? 280 ringgit. Kalau sebulan?? Urghh demmit siall!!"

Fahd: "Haa tu la, duduk kat umah aku, tayah pepikir pasal sewa umah. Per lagi beb!!"

Mukeh: "Pastu aku balik sesame ngan ko bile ko dah abis study. HAHAHHAHAH! Ko ade lagi 4 tahun la kan?"

Fahd: "Haa lebih kurang la"

Mukeh: "Haaa mase tu aku akan panggil "Gerekkk, Bugiii, meh sini meeting meeting!! Nih duit aku invest, kite bisnes sekarang!" HAHAHAHAH time tu sure korang cam segan punye la ngan aku! MUAHAHAHHA!"

Gerek: "Eleeee!!!!!"


Bugi: "4 tahun?? Sempat lagi tuuu!! HAHAHAHAHA!"

Mukeh: "Babihhh!! Sure ko budget dalam 4 tahun tu, sure kene la loteri ko tu salah satu tahun tu la? HAHHAHA cam sial laa!"

Bugi: "HAHAHAHAHHAHAHA!"

Fahd: "Kalau ko buat part time kat restoran Arab ker Mukeh, ko leh dapat sampai 8 euro, lebih kurang 35 ringgit sejam"

Mukeh: "Babih laaa!! 350 utk 10 jam. Kalau sebulan? 30 darab 350 dapat 10500 ringgit sebulan!! Urghh shitttt siall!! Babihhh!!"

Fahd: "Per lagi beb, jom aaa ikut aku. Ko cakap aa ngan parents ko yang ko nak lepak ngan aku. Takkan la parents ko tak kasik kot dudd"

Mukeh: "HAHAHAHHAHA nih harus dibawa berbincang nih. Hehehe!"

Gerek: "Pegi la Mukeh! Masyuk tuu!!"

Mukeh: "HEHHEHEHEHE abis tu ko? Tade maknenyer ko leh pegi"

Gerek: "Asal lak?"

Mukeh: "Sebab cam la parents ko nak kasik"

Gerek: "Haaa tu laaa, shit!"

Mukeh: "HAHAHAHHAHAHA! Babih laaa, aku takleh konsentret la tengok TV tu, asyik terpandang2 10500 je. Dem laa!!"

Gerek: "Paham! Aku pun"

Fahd: "Hehehe"

Babih la, kalau borak pasal bisnes je, mesti leh layan sampai 4-5 pagi. Lelast kitorang gerak gak kul 230 pagi sebab hujan dah lebat sesangat. Sampai la kitorang kat KL dalam kul 630 pagi. Hehehe! Journey yang sungguh tak diplan.

posted at 7:30 am 08092003


Saturday 06 September 2003
Last minit plan
Bile dah blah dari IKEA tu, kitorang (aku, Gerek, Isma, Bugi, Jereng ngan Ijat) lepak kat Vicchuda Uptown, makan-makan situ sampai pecah perut. Pastu Bugi ngan keadaan die yang sungguh kaye lagi bergaye, meracun Gerek pi Kelantan malam nih jugak. Babih! Sure lepas nih giliran aku plak diracun Gerek untuk join same.

Aku balik umah Shah Alam dulu, layan tido, Gerek plak lepak umah die kat Serdang, layan packing, Bugi plak lepak opis decorate ngan bebarang IKEA yang berjuta nyer banyak die angkut tu. Babih la Bugii! Aku jeles sial ngan bebarang yang masyuk gile babih tu (sebenarnyer tade la masyuk sangat sialll, biasa je. MUAHAHAHHA) Elok-elok kul 4 pagi, ade keter hon dari luar umah aku. Babihhhhhh!! HAHAHAHAH diorang dah sampai nak pi Kelantan. Mantekk!! Aku ingat cam dah tak jadi, tetibe layan plak. HAHAHAHHAHA!

Aku tengok Gerek, Bugi ngan Dekda dah sengih-sengih nak gerak pi Kelantan. Hohohoho! Aku pun per lagi sialll, serta merta la angkut je bebarangg yang perlu je, terus zasssssss join diorang pi Kelantan. Huhuhuhu! Pastu kene pi MMU sebab si Gerek nih, ish ish ishhhhhhhhhhhhh, die buleh tertinggal purse!!!! Urghh!!! MUAHAHHAHAHAH!

Sampai Kelantan dalam kul 3 petang, ngan keadaan yang sungguh lapar dan penat lagi mengantuk (aku memang layan tido mencanak banyak dalam keter), kitorang terus menge'zas' umah Uya kat Pasir Tumboh. Aiyarkk!! MUAHAHAHAHAH! Uya cam riang ria tak terkate (dah la muka die cam 'pak memerang' dalam iklan ubat gigi tu. Seriyes shit tak tipu dohh!!!) bile rombongan sampai ngan muka letih lesu. Huhuhu!

Dekda (die nih adik Kausar, salah sorang ahli kumpulan ALAM, saje je promote, MUAHAAHAHAAH) cam biasa, buat lawak-lawak yang letih gile nak layan. Urghh!!! Sampai-sampai je umah Uya, memang makan melantak sampai gile. MUAHHAHAHAHA! Tambah lauk pauk tu sampai abis licin. Masyuk gile babihhh nasik ayam yang Uya buat tu!!

Kul 430 petang, kitorang zassss pi Rantau Panjang, hahahahah nak layan shopping sane plak. Tapi susah sialll, bile dah name pun bebarang bundle nih memang susah aa nak fit ngan saiz badan. Ergh!! Aku langsung tak angkat pape. Bugi gak yang angkut beg ngan pejadah ntah (cap kot?) tanpa banyak songeh. Huhuhu!

Pastu terus gerak pi Kota Bahru, lepak lepak situ makan makan, pastu baru pi layan Pasar Borong Wakaf Che Yeh (alaa penah masuk Majalah Tiga, pasar 24 jam!). Layan situ sampai sume shopping mencanak-canak kecuali aku, aku angkat satu baju je, tu pun sebab lelain tu susah sangat nak berkenan. Yang best tu, bile sampai nak beli je memende tu, kitorang akan panggil Uya utk deal price ngan orang tu. Sebab Uya je yang reti cakap Kelantan. So buleh laa belit-belit sket. (padahal aku pun asalnyer Kelantan gak, tapi langsung tak reti nak cakap Kelantan. MUAHAHAHAH failed siall!!!)

Pantai Cahaya Bulan destinasi last skali kitorang lepak. Aku cam tade mood sangat nak lepak situ since aku rase gile babih tertekan nak terkucil tapi toilet tutup. Babih laaaaa!! Takkan aku nak berkumuh kat laut sialll! Tanak aku, kang tak pepesal aku tersasar salah tempat, haa buat naye kat aku nyer asset je. MUAHAHAHAHHAHAH!

Lepak situ sampai kul 2 pagi, kitorang balik layan tido. Urghh sungguh la meletihkan perjalanan yang masyuk nih. Hehe!

posted at 3:39 am 07092003

Friday 05 September 2003
Shopping IKEA
Aduhssssssssss, masyuk gileee layan shopping kat IKEA tu. Memang layan abis. Semangat gile nak balik pastu construct satu bilik tu ngan wajah baru. MUAHAHHAHA masyuk doh! Comforter, cadar, sarung bantal, jam, banyak lagi la banyak. Bugi pun ngan penuh bergaya angkut segala menda kasik penuh dalam keter die tu. Babih laaa tetibe semangat layan IKEA nih. Demmit!! MUAHAHAHAHAH!

IKEA nih kalau die produce peti ais pun laku. Aku rase kalau IKEA buat singlet pun sure berebut-rebut orang nak beli. Asalkan nama barang tu IKEA, memang mencanak aaa orang pulun menggile. Aku pun tak paham la. Tapi tu la orang kate, bile dah name tu jadi besar, segala menda pun akan nampak besar. Kalau brand tu dah nampak kualiti mencanak, sume bebarang akan nampak kualiti yang tinggi tak terkate.

posted at 12:27 am 05092003

Urgh

Haa baru sekarang tripod buleh nak upload thru ftp. Sesebelum nih susah menggile babih nak upload. Tu pasal aku pun malas nak update tu. Apasal lame kelamaan aku makin malas menggile nak update nih siall? Dem la!

posted at 1:06 pm 05092003


Friday 05 September 2003
Urgh

Haa baru sekarang tripod buleh nak upload thru ftp. Sesebelum nih susah menggile babih nak upload. Tu pasal aku pun malas nak update tu. Apasal lame kelamaan aku makin malas menggile nak update nih siall? Dem la!

posted at 1:06 pm 05092003



Archive
+ current
+ September 2003
+ August 2003

+ July 2003
+
June 2003

+ May 2003

+ April 2003
+ March 2003
+ February 2003
+ January 2003
+ 2002
+ 2001